Friday, March 28, 2014

10 Makanan Pembakar Lemak



1. Buah Lemon
Mulakan hari anda dengan Jus lemon. Perahkan sebiji lemon ke dalam air suam dan tambah sedikit garam. Cubalah dalam tempoh 7-14 hari akan nampak kesan. 
(Tak sesuai untuk yang ada gastrik) - Rawatan utk gastrik sila klik link di bawah :-
http://absolutewellness4u.blogspot.com/2014/03/kebaikan-esp-untuk-diet-harian-anda.html


2. Tukar kan nasi putih dengan beras perang / oats / roti whole grain

3. Buah Epal. Kaya dengan serat, partikel dalam epal boleh menyerap lemak di sekeliling perut.

3. Makanan yang kaya dengan protein seperti Ikan yang membekalkan protein dan Omega 3. Selain itu Kacang soya, daging juga tinggi protein dan meningkatkan sistem metabolisme akan mempercepatkan pembakaran lemak.

4. Putih telur. Telur mengandungi asid amino yang tinggi dan protein dalam pembinaan otot.

5. Kekacang seperti Almond yang dibakar tanpa minyak. ALmond mempunyai kadar magnesium yang tinggi yang merangsang fungsi otot. Lebih cergas, lebih banyak lemak terbakar.

6. Sayur hijau seperti Kailan, sawi, brokoli mengandungi serat tinggi memudah kan pembuangan dari sistem tubuh. Usus yang sihat, fungsi badan pun lancar.

7. Cili hijau atau capsicum, mempercepatkan pembakaran kalori dan anda tak duduk diam. he he pedas....

8. Yogurt rendah lemak boleh menggantikan keinginan anda untuk aiskrim. Ianya tinggi kalsium  yang menguatkan tulang.

9. Cuka epal. Kandungan asid dalam epal mempercepatkan pembakaran lemak. Campurkan sesudu cuka epal ke dalam segelas air selepas makan.

10.  Makanan sunnah seperti Kurma, kismis, madu membekalkan kandungan gula yang diperlukan dalam badan. Boleh menggantikan gula putih. Elakkan makan gula berlebihan yang boleh melemahkan fungsi tubuh badan.




No comments:

Post a Comment